Showing posts with label tips bercinta. Show all posts
Showing posts with label tips bercinta. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Surat untuk calon isteriku



Untuk calon isteriku

Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan sempurna di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini, aku cuba mempelajari erti dan hakikat tangungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku

Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu, cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika dimana aku akan MELAMARMU , akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian antara kita kerana itu pesan nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur, ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi


Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara' sebagai pembatas diri kita. Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai COP HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERKAHWINAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.



next
surat untuk calon suamiku

Wednesday, December 14, 2011

cinta memang perlukan duit

assalamualaikum

orang cakap cinta tak perlukan duit..bila dah sayang..dah cinta..duit tu tolak tepi
tapi kalau nak kawen..nak bayar bill anak sekolah lagi..semua kena duit lah =.= boleh ke dengan gaji kecik nak sara famly? boleh tapi hidup susah la..siapa nak kan? tambah kalau si belah perempuan datang dari famliy yang agak berada..of cos la si mak ayah ni nak jugak anak dia hidup senang..diorang dah bela elok-elok..bagi cukup makan,pakai semua..senang-senang je nak bagi anak perempuan diorang dekat someone yang belom tentu boleh sara anak dia? boleh bagi keselesaan anak dia? boleh ke? 50-50 jugak la hati si mak ayah tu..lepastu si anak pon berfikir tentang masa depan..honestly 90% apa yang mak ayah fikir tu betol

tapi

kalau dah sayang..awak berdua why not berusaha sama-sama..tolong sama-sama..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..dah susah pon boleh bersama..apatah lagi bila dah senang..kita bukan selalu di atas..banyak mana pon duit kalau tuhan nak uji..kita boleh dok bawah jugak
tapi janganlah 1 pihak je yang berusaha..kalau macam tu...memang tak ke mana la kan? 

wallahualam




Monday, October 3, 2011

the difference is that you always talk abaout breaking the relationship and i talk about making it work


__________________________________________________________

both of us have flaws , 
but the difference is 
that you  always talk about breaking the relationship 
and i talk about making it work
__________________________________________________________ 

assalamualaikum

nah bagi this quotes dekat your gf.bf yang dah berubah..yang asyik nak bergaduh..yang macam dah putus harapan

sometime idk apa yang boleh buatkan pasangan bergadoh..ni pasangan bercinta lah..bukan yang berkahwin ye

kalau guys nak tau..kekadang perempuan ni dia saje je nak gadoh..gatal nak merajok..tergedik-gedik tak nak jumpa/anagkat call..

sebab

dia nak korang bagi lebih sikit attention..itu je..if korang tengok gf korang tu tak ada ribut, tak ada hujan tibe-tiba buat perangai..haaaa apa lagi..be with her..bukan susah pon..biasala perempuan ni nak orang care, orang sayang..kan?

bila relation dah nak masuk 2 tahun..masing-masing dah tak macam orang yang mula-mula bercinta..

fuh! time awal bercinta besttttttttt kot..hari-hari bergayot..message 24 jam..asyik teringat je..asyik tersenyum je..nak je jumpa selalu..kalau merajok cepat je pujuk..sangup redah hujan ribut semata-mata nak berjumpa dengan kekasih hati..dekat blog, dekat fb penuh je pasal dia..sweet sangat..sampai malam-malam asyik mimpi..

tapi bila relation dah bertahun-tahun..ada lagi ke perasaaan tu? ok ada..but untuk certain-certain people..perasaan tu dah tak ada kan? perasaan anagau bercinta tu la

tapi perasaan lain yang ada..perasaan selesa dengan si dia..perasaan nak dia jadi future wife/husband..perasaan ok aku dah ada gf.bf and dia pon tak buat masalah..aku pon tak pening-pening..maksudnya perasaan..dia "ada"

bila dah kapel bertahun-tahun..dah kenal hati budi..dah trust dia..so relation tu lancar je..

tapi what if one of us tiba-tiba berubah?

sepatutnya dah lama kapel lagi lah tak ada masalah..tapi ni lagi lama kapel lagi banyak pulak masalah..

sidia dah kurang call.kurang message..kurang berjumpa..kita ni mesti fikir lain..hmmm dia dah berubah..then mula lah bercakar..bertegang leher..
sometimes tak ada apa pun..kita je yang over thingking..maklumlah sayang kan..
maybe dia ada maslaah..maybe selama ni dia dok lebihkan kita and dia nak lebihkan diri dia pulak..kan?

banyakanlah berbincang..bincang tu penting..buang ego..nak nages-nages la..jangan berbincang dengan kuatkan suara..maki=maki..noooooooo

but

if dia dah berubah betol-betol..tingalakan kita terkontang kanting selama berminggu-minggu..berbulan-bulan..pastu kalau jumpa nak bertekak je..ada je salah kita


and kita ni dok nanges..mintak doa banyak-banyak..dia buat tak tau je..ok send message dekat dia yang atas tu ok! 

orang cakap perempuan boleh gunakan air mata..boleh but sekarang macam dah tak guna lagi..if dia buat macam tu..kita pon boleh buat macam tu..buat dia rasa apa yang kita rasa..bila dia dah rasa kehilangan sesuatu dia akan balik pada kita

perlukah bagi 2nd chance?

know what i hate 2nd chance..but sometime 2nd chance is so worth it!
if dia betol admit dia salah and berubah 100%
your love life with him/her akan jadi lagi best

but 3rd chance? jangan sesekali

ok lah fyna pon tak tau apa yang fyna melalut =.=

sampi sini dulu
bye!

Wednesday, August 24, 2011

wednesday's quotes



Don't expect her to be perfect, if you want a perfect girlfriend. go buy a barbie
Don't compare her to other girls. EVER
if she is jealous, she love you so much, or have crush on you.
Treat her how you'd want your dad to treat your mom.



Sunday, June 12, 2011

dari impress terus "yek"

assalamualaikum
harini pendek je nak taip...
macam mana nak ambil hati perempuan ( dalam proses nak mengorat)
ini apa yang fyna rasa lah..tak tahulah kalau orang lain kan..kalau lelaki perangai macam ni..terus buat fyna tak minat

baru kenal si dia..tapi dari A-Z dia punye kebaikan and kelebihan tu dia bagitau kita..

"i memang close dengan family i..i lah harapan diorang..kalau tak ada i..bla bla bla"
"kawan-kawan i memang suka kawan dengan i..kalau diorang susah..i mesti tolong..kesian tengok diorang susah and bla bla bla"
"i suke bekerja..and mana-mana i pergi boleh je buat duit..bla bla bla "
"i banyak kelebihan tau..i boleh melukis, main muzik, main skateboard, tangkap gambar, memasak..bla bla bla"
"i tak pernah tinggal solat tau, i selalu pergi masjid, puasa tak tinggal..puasa sunat and bla bla bla"


masa mula-mula tu mesti kita macam wow! dia ni baik..boleh buat calon suami..hidup pon tak susah..

and then bila lama-lama asyik dok cerita pasal kebaikan dia ( kononya nak ingatkan kita kebaikan dia la) kita akan macam 

sekali : wow dia ni memang baik lah..love it..( kenyit-kenyit mata)
2 kali : boleh diharap ni..suke2!
3 kali : haa betol-betol
4 kali : owh yeke..bagusla
3 kali : ha..dah tau la (dalam hati)
4 kali : bla bla bla
5 kali : dengar sidia bercakap (dalam hati "aku nak makan apa harini ek?")

dari impress terus "yek" haha too much kot..sampai annoying pulak

for guys..

biar si perempuan slow-slow tau pasal diri kita..itu lebih interesting..
boleh impress si dia sedikit demi sedikit

kalau 1st kenal trus gtau semua..lepas tu tak dak dah apa yng boleh impress a girl..janganlah gelojoh sangat

bagi fyna..lebih menarik kalau kita (perempuan) dapat tau sendiri..

lebih dari kelakuan bukan percakapan..sebab cakap ni semua boleh cakap
contoh : 
dia mintak diri untuk solat
kita tengah  cari photografer tiba-tiba dia volunter diri dia untuk jadi photografer..
kita tengok macam mana dia layan adik-adik dia, mak dia

bagi fyna itu lebih menarik..

kalau si dia dah bagitau how close nya dia dengan family dia..bila kita pergi jumpa family dia..yang adik buat hal dia..yang abang buat hal dia..yang kakak buat hal dia..so kita tertunggu2 mana "close" tu? 

fyna banyak kenal lelaki..awal-awal kenal dah tunjuk mulia nye dia..baik sangat la dia..mula-mula ok la..lama-lama bila asyik ulang benda yang sama..rimas kot..

act banyak lagi..tapi fyna share satu-satu la ye..hehe kalau share semua tak best pulak =P

so korang setuju pendapat fyna?

Wednesday, May 25, 2011

It may seem like the hardest thing to do, but you have to forget about the guy who forgot about you.

putus cinta..ramai yang pernah putus cinta..kalau tak penah putus cinta tu jangan baca..hehe and kalau putus cinta perkara ini yang selalu sangat dibuat



menanges sampai mata jadi bola golf
dok berjam-jam dalam bilik..berhari-hari..berminggu2..(macam bella twilight =P)


tiada selera makan sampai badan kurus kering
beli kfc tak nak..pizza tak nak..nasik ayam tak nak..baik puasa terus!


sampai sakit-sakit
sampai demam-demam..sampai sangup cedera diri sendiri..sampai muntah-muntah darah semua..hadoi


call and msg si dia sampai berpuluh2 message and call
setiap jam message/call..begging him..tanya dia kenapa buat semua ni..nak kan explanation


pulun layan lagu jiwang
lagu rock jiwang, lagu yang selalu nyanyi sama-sama..oh my..tak payah la..dengar je lagu 






sebenarnya nak nanges...nanges la puas-puas.  tapi .jangan lah melampau-lampau


dah dia tak nak kat kita tu..buat apa dok terhegeh-hegeh dekat dia?


tak kisah la salah si dia ke salah kita ke..salah orang lain ke..tuhan dah tentukan jodoh untuk kita


move on sayang




tips untuk lupakan dia? senang saja
beritahu pada diri sendiri..dia bukan lagi milik kita..
so bila kita dah boleh terima kenyataan ni..barulah kita boleh move on secara happyly! ^^


if not..hidupla dengan kesedihan and kenangan yang tak indah itu..nk ke? xnak kan..


dont waste your time dengan benda2 yang bodoh ni..if dia tak nak..so what? tak kisah ponnn..=P


fyna sangat benci if a gurl merayu dekat bf dia supaya get back to her..omg! hello girls! kita perempuan ok! =.=





Break ups hurt but losing someone who doesn't respect & appreciate you is actually a gain, not a loss.

Sometimes looking back on what you had, motivates you to keep moving forward...there's a reason why u left, keep going.


Moving on is like a bitter vegetable, it doesn't TASTE GOOD, but it's GOOD for you.


Any boy can get a girl, but it takes a man to keep her, and give her affection, attention, and adoration.


Sometimes life doesn’t go according to our plan. Sometimes it has to go according to God's plans




psssst : im off friday and saturday..not online..no fb,twitter,fs...
IT'S HOLIDAY TIME!..BEACH! IM COMING! yoshhhhhh!


Tuesday, May 10, 2011

psycho ex

assalamualaikum



"psycho ex" would be someone whom:


1) Stalked either in person, or on phone, or online.
apa saja kita buat dia ambik tahu..bila kita on9..bila kita on9..or suruh kawan-kawan dia stalk kita pergi mana-mana..


2) Attempted to sabotage future dates/relationships
bila kita dah ada yang lain..dia mula buat perangai..kacau kita..kacau bf/gf kita..buat sampai bf/gf tingalkan kita..dia presurekan gf/bf kita..stalk bf/gf kita..memalukan bf/gf kita

3) Spread rumours about you/their ex with malicious intent to hurt or demean the other person.

 hasut orang sekeliling, buat cerita bukan-bukan "dia ni kaki pukul..suka mencuri..menipu..and so on"..wuu scarry kan?

4) Pursued the ex's family or friends to convince them to tell ex to be with them again, and so forth.

minta simpati kawan-kawan and family cakap yang dia teraniaya and ada orang rampas kekasih kita dari dia..so mintak dibackup and harap semua pujuk kita untuk balik dekat dia..Made up lies or other actions to manipulate the ex back to them (ie lying about being pregnant, or being ill, hurt them self)


5) Destroyed property of their ex, or physically harmed them or people close to them as 'revenge'.
rosakan kereta kita..or barang yang penting bagi kita or ugut cederakan kawan,family terdekat kita


7) Berated, or threatened their ex for every having broke up them.
tak habis-habis salahkan kita sebab hubungan putus..mcm dia tu perfect sangat


fyna ada kenal sorang mamat ni..dulu dia kapel dengan gf dia dalam 2 or 3 tahun macam tu..memang loving couple..then lepas putus si mamat ni cerita dekat semua yang dia penah tido dengan perempuan ni la..perempuan ni suka habiskan duit dia la..padahal perempuan tu bertudung and lembut je perangai dia..so betol atau tak wallahualam..tapi tercalarkan nama perempuan tu?


and ada seorang gurl ni dah kapel dengan seorang lelaki ni dalam 4/5 tahun..so bila laki ni nak putus..dia ugut untuk cederakan diri dia..so laki tu sebab tak nak anything happen stay dengan perempuan tu..


macam-macam kan?


kalau dapat ex bf/gf macam ni..apa yang perlu kita buat?


kalau dia message segala ugutan/tulis dalam blog...yang boleh jatuhkan maruah kita..save semua and ugut dia balik kita akan report polis..then buat report polis..polis akan pantau dia


hilangkan diri..tukar no hp..pindah..sebab orang pscyco ni kita tak tahu apa yang akan dia buat


sabar..kita tak boleh melawan dia,maki dia..sebab kita tak tahu apa yang dia akan buat..so just silentkan diri ok


banyak kan doa..insyallah semua ni akan berakhir


honestly fyna pernah ada psycho ex..stress tertekan..setiao hari call mintak maaf and nak sambung relation balik, marah-marah kalau fyna diam..and pernah ugut nak buat something yang jatuhkan maruah fyna..apa fyna buat? silentkan diri..tukar no baru..thanks god fyna tak pernah bagitahu alamat rumah fyna and dia tak pernah datang rumah fyna..alhamdulilah sangat-sangat..


kepada adik yang bertanya..sabar ye..ini semua dugaan..kita tak tahu orang macam mana..rambut sama hitam..muka hensem/lawa gila..and semua orang suka tapi the other side of her/him maybe ada yang hitam..


so kepada yang baru nak kapel tu..selidik dulu..kalau dapat psycho macam ni..lari laju-laju.hehe


so ada tak apa-apa cadangan selain yang fyna bagi untuk lari or diamkan psycho ex ni?

hanya mahu sedikit pujian

assalamualaikum



fyna rasa yang baca blog fyna ni lebih suka fyna cerita pasal cinta kan? hehe well semua orang pernah bercita kan? sebab tu kalau pasal cinta ni jadi satu tarikan..kekeke thanks sebab baca karangan merapu fyna ni..hehe fyna just share apa yang fyna and kaum perempuan rasa

perempuan ni suka melawa..tambah bila keluar dengan kekasih hati..kalau boleh nak perfect je kan..kalau keluar dengan member/family pakai biasa-biasa pon tak apa..kalau keluar dengan bf mesti bersiap lama sikit,,betol tak?

macam fyna dari dulu sampai sekarang kalau nak dating je mesti beli baju baru =.= dah habit..kadang-kadang pakai sekali je..kalau si bf ajak jumpa..mesti pergi shopping dulu..kalau boleh tak nak pakai baju yang berulang bila jumpa dia

korang macam tu tak? hehe fyna lainla..3/4 bulan sekali baru jumpa..kalau yang tiap2 minggu jupa tu..tak kan lah nak shopping tiap2 minggu kan? rabak duit

ok lah..tak semestinya pakaian baru yang buat lawa..tudung yang rm10 pon kira baru tau! tak pun makeup yang lain sikit..tak pon pakai gelang rm5..tak pon match yang lama and baru..

orang perempuan ni kalau nak jumpa bf dia..malam tu mesti fikir nak pakai baju apa..amkeup macam mana..tudung macam mana..rambut macam mana..betol tak? ok maybe tak semua..sesetengah je la kan? ada jugak yang sangup pergi spa untuk bagi kulit licin je bila jumpa si dia..hamboi2..sanggup tu

yes perempuan memang suka melawa..tak kisah la baju lama ke baru ke kalau boleh nak nampak perfect bila jumpa kekasih hati..tak payah beli baju beratus pon..kadang-kadang baju rm10 pon dah cntik kan?
reaksi lelaki?

pakai je apa pun..saya tak kisah
ada sesetengah lelaki tak kisah apa yang gf diorang pakai.. sebab bagi mereka tak penting pun luaran..yang penting hati.."dia sayang aku tu pon dah cukup baik" 
ha kalau laki macam ni ok jugak..tak lah kita nak melawa macam rozita che wan tiap kali jumpa..
tapi yang tak ok nya diorang tak kan sedar kalau kita ni melawa sikit =.=

ish..apa you pakai ni..tak sesuai la
perempuan ni kadang-kadang nak jugak ubah penampilan sikit..bagi nampak lain sikit..tak banyak pon 10% untuk ikut fesyen terkini..tapi apa rasa anda bila si bf cakap " eh tak elok lah awak pakai macam ni" " ni apa makeup macam ni? too much lah" " ni asal muka basi ni? pergilah touchup sikit" maybe si bf sekadar menegur..tapi hati perempuan ni lain sikit..bila si bf dah tegur dia akan malu and kecik hati..even tak show dekat muka dia..so bila next date..untuk jadi yang terbaik and nak puaskan hati bf dia..dia kurang kan itu ini,tambahkan itu ini..so si gf ni jadi tak confident..
ingat..lelaki tak tahu ke apa yang cntik untuk kita..kita tahu diri kita macam mana..jangan terlalu ikut cakap si lelaki..

-bila kita dah biasa bermakeup and si bf tak suka kita bermakeup..bila kuar confident kita jadi jatuh.yela..dengan mata lebam..parut jerawat..sebab sidia tak suka kita bermakeup..kita keluar dengan dia muka macam tu je..dia ok la,..kita? untuk balancekan semua tu..taochup sikit-sikit bagi puas hati kita and si bf..

- i suka you pakai baju warna putih tapi jangan ketat biar besar macam orang hip hop pakai..kita ni dok fikir eh betol ke aku nak pakai mcm tu..bila dah pakai down lagi sebab baju tu tak suit dengan kita..plus nampak gemok gila! ha! so cuba bagitau dekat bf i tak boleh pakai baju macam ni sebab itu,ini..so bila terangkan kepada si bf..mesti si bf setuju kan? kata saling paham memahami..lagipon si bf ni kalau orang lain pakai lawa dia pon nak suruh gf dia pakai lawa..dia tak fikir gf dia suit ke dengan baju tu

so

please si lelaki..cuba perhati betol-betol..kalau korang dating..mesti si gf ada kelaianan sikit..rambut ke,tudung ke,baju ke,kasut ke,makeup ke..cuba puji.."lain awak harini..cntik" kembangnye la si gadis tu..yela..dah bersiap lama-lama kena puji..berbaloi-baloi bersiap tadi

kalau tak suka dengan penampilan gf..cuba bincang.."awak kalau pakai macam ni lagi ok.. " si gf " tak elok la.." si bf "cuba try tengok" si gf " tetap tak ok..nampak gemok" si bf " ok2 kita try baju yang tak nampak gemok"

tapi jangan lah lawa luaran je..dalaman pon penting.ok?

kaum hawa hanya nak sedikit pujian atas effort dia..kaum adam please support ya!

Saturday, May 7, 2011

how to please your girl : episode 1

assalamualaikum




ciri2 wanita kegemaran lelaki:

Bertudung
Bekerjaya
Pandai masak
Rambut panjang
Bntuk bdn menarik
Tinggi


amboi-amboi..memilih jugak lelaki ni kan? hehe tapi kalau dah dapat semua yang diinginkan..jangan pulak biarkan..maksud fyna mula-mula tackle ayat manis..caring 24 jam..call and msg tiap masa..jumpa tiap2 hari/minggu..tapi lepas dah jadi gf..semua tu tak ada lagi..mana boleh =.=


perempuan ni bukan nya susah sangat nak jaga hati dia..yela fyna pon perempuan kan..fyna tau la..hehe sebenarnya perempuan ni tak lah complicated sangat

memang perempuan amat sensetif..mudah terasa..kuat merajuk...tapi kenapa diorang macam tu? kalau tanya mesti diorang cakap tak ada apa-apa kan? perempuan kalau boleh nak pasangan diorang tahu sendiri kesalahan diorang tapi lelaki ni tak kan tahu selagi tak diberitahu apa kesalahanya


jangan biar perempuan ni fikir bukan-bukan..
bf dia 1 hari silent kan diri..tak message, tak call.dekat rumah tak ada..
so gf dia ni mesti fikir bukan-bukan..macam-macam dia fikir and sampai tak lalu makan.."marah ke bf aku ni kat aku? tapi apa salah aku?" hati tak tenang..cepat marah

so why not sesibuk mana pon..hantarla message atau call sidia..nak ke mana-mana pon tak salah kalau nak bagitahu..sebab setahu fyna perempuan ni tak kisah bf dia nak pergi mana pon asalkan diberitahu..

contohnya:awak.. saya nak pergi tengok bola dengan member..

so si gf ni tak lah fikir bukan-bukan..

ni tak..kalau dah jumpa member tu gf ni dah tak pedulikan =.= mana boleh..member and gf kena sama rata la..kalau nak lebihkan member sangat-sangat baik tak payah ada gf


hormat dia
kalau si bf ni hormatkan si gf ni..lagilah bertambah sayang gf ni dekat si bf tu..jaga maruah dia.jaga keselamatan dia..so kita mestilah rasa macam selamat je..and rasa si dia sayang sangat dekat kita..so kita yajin si dia ni memang nak buat isteri


buat suprise
gurl mana yang tak suka suprise kan? belikan hadiah kt dia..xperlu lah beli yang mahal-mahal..1 bar cokelat pon dah boleh buatkan gurl ni senyum..susah ke?

kadang-kadang perempuan ni tak kisah sangat nak share duit if bf dia dalam kesusahan kan? kongsi bayar makan ke..kongsi bayar duit untuk keluar ke..kan?

pamerkan kasih sayang tapi jangan berlebihan..dekat depan orang ramai pon nak berpelok cium..apa tu? maybe sesetengah orang ok..tapi kita ni perempuan kot..orang akan fikir perempuan dulu baru laki...so kalau bf kita ni tahu batas-batas and jaga nama baik kita depan orang ramai..wuuuu terharu kot kita kan?

ok lah..takat ni dulu 

later fyna tulis lagi ok..

sebab fyna nak kuar dengan adik-adik fyna ni

so tc guys!



ps: fyna tak boleh blogwalking sekarang sebab laptop fyna lembab sangat..so leave a comment..fyna akan jenguk blog korang nanti..insyallah =) 



Monday, May 2, 2011

Bila sudah bukan milik kita..lepaskan sahaja..tapi janganlah mengungkit kesalahanya..hello! kita kapel dengan manusia kot


Assalamualaikum


Kenapa si dia berubah hati? Sometime kita ni baik sangat..ikut kemahuan dia..tapi dia dok bergatai dengan orang lain..so fikir balik..kenapa dia buat semua tu?
Tak payah menunding jari..dia ada kekurangan..kita pon ada kekurangan..berbincang elok-elok..selalunya kalau macam tu..si dia sudah tak ada perasaan cinta dekat kita..kita pulak cinta mati dekat dia..atau dia just nak berseronok dengan kita..kita tak tahu..manusia kan? And sometime kita tengok dia tak pernah happy dengan kita..tapi kenapa dia boleh happy dengan orang lain?


Kapel ni bila masing-masing boleh menutup kekurangan masing-masing..so ia menjadi 1..tapi bila kekurangan itu tak boleh ditutup oleh pasangan nya..
ok contoh:  si dia perokok tegar..kita selalu marah dia..cerita kat ornag lain laki aku ni buruk perangai..isap rokok banyak..abeskan duit je..


nampak tak? Tu kekurangan dia tapi kita tak menutup tapi  membukakan lagi..kenapa tak boleh je nasihat dia..fyi wanita ni power tau.. boleh buat lelaki berubah and cair..so why not gunakan kekuatan tu..nasihat..pujuk..guna ca ra yang lembut..insyallah satu hari nati dia berubah..why not?


Lelaki pon sama ye..hati perempaun ni macam kerak nasik..kalau perangai dia yang tak ok..pujuk dia, nasihat dia..lama-lama  lembut jugak hati dia
So tengok dulu kekurangan kita..tengok kekurangan dia..kalau tak boleh dah bertahan..putus!
Kita boleh dapat orang lain lagi..jangan nak down sangat ok..


Ha!


Kalau kita dah bejumpa dengan orang lain..and kita asyik dok puji dia baik gila..caring gila..take care gila..but janganlah terlampau memuji..fyna yakin si dia pon pernah bercinta and pernah putus..so dia pon ada kekurangan..sebab tu percintaan dia tak berjaya kan? So benda ni sama je..berulang-ulang


Jodoh di tagan tuhan..kita tak perlu sangat nak mengejar jodoh..biar dia datang sendiri..kadang-kadang dekat tepi jalan pon kita bertemu jodoh kan? Ha..kita tak tahu..tapi kita perlu juga berusaha Cuma jangan give up


So kepada yang dah putus even dah bercinta menjangkau 5,7 tahun..tak payah la down saangat.. Berhenti salahkan satu sama lain..bila dah putus selalunya semua keburukan akan keluar..hello..kita kapel dengan orang, bukan binatang..so setiap manusia tu bukannya perfect sangat..so stop salahkan satu sama lain..


Kalau kita asyik dok memperkatakan kesalahan dia..kita akan rasa sakit hati and tanya diri sendiri why dia buat macam tu..so asyik fikir sampai tak lalu nak makan, sakit-sakit..for what? Jangan terlalu ikutkan perasaan..sebab if korang dah jumpe dengan orang lain korang mesti fikir balik..eii kenapalah aku nangis terok sangat dulu..bodohnye aku! Haa kan?
Kite kene sayangkan diri sendiri dulu..baru sayangkan orang lain


And 1 lagi fyna tengok banyak yang bila gaduh tulis dalam blog..maki-maki..tarik simpati orang..then orang tu pon backup la kite kononye kita teraniaya and bla bla bla..pastu bila happy tulis pulak happynye la bersama dia..tak ke macam orang gila? Eerr sory la kalau ada yang terasa…bagi fyna bila kita dah kapel dengan someone..janganlah sesekali memburukan dia depan orang ramai..jangan sesekali menghentam dia dan menghuraikan kesalahan dia pada orang..kesian dia..buruk nama dia..ye lah..kalau la dia jahat sekali pon..siapalah kita untuk menghukum dan memburukan nama dia? Sah2la orang tau siapa yang korang burukan sebab fyna rasa bila dah kapel tu gambar bf/gf automatic tertempek dalam blog or fb/ms..  orang banyak melihat dari masuk campur..so bila dah dengan bf/gf yang ni pon boleh dok tulis macam-macam dalam blog/fb..kalau orang lain kapel dengan dia..99% benda yang sama akan terjadi kepada orang tu kan..so??


Sebab tu apa-apa pun kita kena  fikir dulu sebelum menulis..sometimes tulis mengunakan tangan bukan dari hati..fyna rasa kalau tengah marah tu..tangan mesti tak berhenti kan? Haha laju je..muka pon mesti berkerut-kerut..mulut tu terkumat kamit cakap benci-benci..lepas dendam la katakan..haha


Sebelum tulis tu cuba kita fikir..kalau la si dia tulis semua ni kat aku..mana aku nak letak muka? Mesti ramai kata aku jahat..mesti ramai orang tengok aku lain..ha tau pon so itu jugak yang si dia fikir..sometime si dia senyap je..senyum je..tapi dalam hati siapa yang tau? Kita manusia..sama ja..semua orang ada perasaan yang sama..sebab bila dah kapel ni..segala kekurangan dan kelebihan dia kita kena terima..


So bila dah ex tu..biar dia jadi ex..jangan nak memperkatakan kan pasal dia lagi..bina hidup baru..honestly fyna stil baik dengan exes fyna..bila dah admit setiap kesalahan masing-masing..barulah kita boleh bina hidup baru..dia dengan kekasih dia..kita dengan kekasih kita..doakan kebahagian dia..and insyallah dia pon akan doakan kebahagian kita..ya lah kita pon pernah ada di dalam hati dia..mesti lah dia nak yang terbaik untuk kita..betol tak? Even tak banyak..1% pon  akan terdektik and berdoa supaya masing-masing dapat yang terbaik..


Fyna pernah nasihat my sis..ada 2 orang yang memang suka and sayang dia..sorang ex dia..sorang lagi lelaki yang memang dah lama menuggu dia..and masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan..so adik fyna cakap kalau terima dengan ni takot dia buat kesalahan yang lama balik..and kalau terima yang ni takot tak tahan dengan mulut dia..so bila dah confius fyna suruh lepaskan dua-dua..bagi masa and ruang kepada dua-dua..


Apa terjadi? After a few month sorang lagi terus pergi sebab bagi dia tak guna menunggu  and seorang lagi terus stay but stil ulang kesalahan dia..
Masing-masing tak tau yang ni just test.kalau a few month pon tak bertahan macam mana? Kan? Cinta ni bukan untuk sehari dua..kalau dia sangup tunggu for years..no doubt kita boleh terima dia
Then  at that time jugak adik fyna kenal dengan seorang ni..and rapat..tapi belum declare..adik fyna nak masa untuk kenal hati budi..so diorang pon kawan macam biasa and now maybe dah nak dekat setahun..and makin rapat..


cinta akan datang bila sampai masanya..tuhan dah tetapkan kita dengan yang terbaik..maybe dalam perjalanan kita nak jumpa yang terbaik tu..kita akan jumpa yang salah..but don’t give up..keep searching..dia ada menunggu kita


Banyakkan berdoa supaya dipertemukan dengan orang yang boleh membimbing kita..biar lambat asalkan berbaloi-baloi


Insyaallah semua kita akan mendapat pasangan yang terbaik suatu hari nanti


kenapa aku masih solo?  umur 25 tahun ke atas je boleh baca ok =P


Tuesday, January 18, 2011

mari spy pasangan kita!

assalamualaikum



untuk couple yang dok jauh-jauh (macam saya =.=') pernah tak korang curiga dengan pasangan masing-masing? tak banyak pon sikit ada la kan? act bukan curiga tetapi risau..eceh! =P 

kadang-kadang dia senyap je..message tak angat..call tak reply..tak tahu dia pegi mana kan..kadang-kadang keluar pon dia tak bagitahu..haish!

marilah sama-sama aktifkan FRIEND FINDER!

wuuuu promote MAXIS nampak..CELCOM and DIGI ada tak? owh i tak tahu lah..start dari umur 18 - 26 ni setia dekat MAXIS je =.=.. i tak tahu fungsi FRIEND FINDER ni  sebenarnya..my bf banyak kali suruh i aktifkan benda ni tapi i buat tak tahu je..then lama lepastu baru i aktifkan..wah! banyak kebaikan rupanya..even dalam bil nanti berderet charge FRIEND FINDER..tak pe! puas hati!

rupa-rupanya FRIEND FINDER ni boleh jadi spy berbayar untuk kita spy pasangan kita!

contonya:
  • bila i pergi kerja..FRIEND FINDER dengan setianya hantar message dekat my bf cakap i dekat tempat kerja..waa!
  • bila i balik FRIEND FINDER dengan setianya message dekat my bf i dah ada dekat rumah.
  • sama jugak if i pergi tengok wayang ke..shoping ke..i melangkah kaki je keluar rumah..FRIEND FINDER dengan sedianya akan report dekat bf i..
  • kalau korang stick 1 tempat and tak keluar so dia tak akan hantar report lah..keluar je..siaplah!
  • wuu tak boleh tipu dah if nak keluar senyap-senyap =.=

jadi marilah sama-sama spy pasangan kita! =P

macam mana?

TAIP - FIND (NO TELEFON) SEND KE 32001

better aktifkan auto..kalau manual kita kena find sendiri..tapi kalau auto maxis tolong findkan

p/s : bf i baru je bagitau tadi time i on call dengan dia..selama ni senyap-senyap ye


kalau la kita ada benda ni..budak-budak yang lari dari rumah tu mesti senang je dapatkan? and kalau nak kene bunuh ke ape ke..kite boleh dapat tau tempat tu kat mana..so xde la kes hilang dua tiga hari and dah jumpe mayat lepas 3 hari mati..fikirlah

=D


Monday, December 13, 2010

kenapa aku masih solo?


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.