Saturday, November 26, 2016

Bercuti di Terengganu

assalamualaikum hi semua..kalini fyna nak share dengan korang tentang travel fyna ke terengganu baru2 ni..kalau dah follow my instagram for sure korang tahu pasal travel fyna ni kan..

fyna pernah datang sekali tapi tak sempat nak stay di sini jadi kalini fyna plan untuk datang ke sini lagi

bila sebut terengganu mesti korang fikir pasal penyu and pantai kan? hehe sama lah fyna pun..so masa di terengganu fyna booking hotel di Sutra Beach Resort melalui Traveloka sebab fyna dapat harga yang lebih murah dari biasa..bila sampai di sini tak sangka tempat penginapan hotel ini setanding hotel Kuala Lumpur ..view cantik sangat!






Pelbagai jenis hotel di Kuala Terengganu yang ada tapi kami pilih hotel ini..bayangkan bila bangun pagi dengar deruan ombak dan pantai..boleh tengok sunset..alhamdulilah..rasa seronok dan nyaman saja..tak sia2 fyna booking hotel ni..bilik alhamdulilah selesa.sebab fyna bertiga dengan kawan..pagi ni kami minum kopi sambil duduk di beranda tengok pantai..rindunya!

ok lah fyna nak share sikit permandangan di hotel ni






cantik kan? hotel ni is a must kalau korang nak relax2 dan lari dari kesibukkan kota

pasar payang is a must kalau datang sini..fyna suka datang sini..rabun mata tengok barang di sini...dari barang makanan hinggalah pakaian..banyak sangat and harga pun murah2


see telur penyu pun ada! hehe tapi fyna tak beli lah...hmm macam mana agaknya rasanya ye?

lastly jangan lupa untuk cuba ikan celup tepung di tepi2 pantai teranganu.,ada banyak gerai2..so korang boleh pilih saja..harganya agak murah berbanding di tempat fyna..mungkin kerana tempatnya di tepi laut dan rasanya lebih manis dan segar..ahh teringin pula 


ada banyak lagi tempat menarik di teranganu seperti Taman Tamadun Islam yang terketak di pinggir bandaraya..ia menawarkan informasi yang menarik mengenai sejarah ketamaduman agama Islam dan monumen-monumen yang mempunyai seni bina yang indah..Tarikan utama di sini merupakan Masjid Kristal yang diperbuat daripada kaca, besi dan kristal. Bagi pengunjung muslim, anda berpeluang untuk mendirikan solat di sini

next time datang sini fyna akan ke pulau2 yang terdapat di Terangganu ni seperti Pulau Perhentian, Redang, Tenggol dan Lang Tengah sebab pulau2 ni memang terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara..kalau di pulau lebih banyak lah aktiviti yang boleh di buat kan? menyelam skuba, berkayak dan banyak lagi aktiviti sukan yang lain.. Selain itu, ada di antara mereka yang ke sini hanya untuk merasai pengalaman hidup di kampung. Banyak perkhidmatan homestay Kuala Terengganu yang terdapat di sekitar pulau dan pantai di sini.
bagi fyna kalau korang nak bercuti..datang lah ke terangganu..permandangan yang cantik..makanan yang sedap dna murah..kalau bercuti dalam malaysia bagi fyna kita boleh save cost sebba lebih murah dan setanding dengan negara luar kan? and yang bestknya boleh juga belajar dialek lain hehe..

bercuti bersama kawan baik adalah pengalaman yan paling beharga..sementara masih bujang ni..nak plan travel banyak2 dengan kawan2..dan tak lupa juga akan gunakan perkhidmatan dari traveloka untuk menempah hotel Kuala Terengganu dan tiket penerbangan dengan harga murah..


untuk maklumat lanjut korang boleh ke Traveloka 

6 comments:

husna zahidi said...

nak pergi sebab nak pekena ikan celup tepung je boleh tak.. btw cantik sangat gambar pemandangan dari kak fyna.. :D

Faizah Syakira said...

ingatkan jeruk kelubi tu lak tadi. rupanya telur penyu. hehe

Hayati Suhari said...

Fynaaaa cantiknya gambar!!

nasir halimi said...

terima kasih atas infonya!

Rizal Amir said...

Xde sambungan ke..hehe..tgh syok baca..tgk2 aik da abis :)

Fuzah said...

Salam.. nk tnye ye kalo nk jln2 kat terengganu town tu awk sewa kete ke? Kalo ye boleh bg contact no?