Friday, June 12, 2015

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge: Day 10

assalamualaikum

assalamualaikum

makna nama penuh fyna adalah cahaya bahtera keberanian

fyna bukanlah seorang yang berani.kalau kemana2 mesti ajak adik teman.until now..so kadang2 fina fikir..nama saja maksud berani tapi tak berani pun haha

tapi bila lama2 fikir..bahtera keberanian
bahtera..keberanian
bagi fyna maksud tu memang sesuai dengan diri fyna

selama hidup ni..macam2 dah fyna lalui..tapi..fyna tak pernah give up
pernah ditipu lelaki..
pernah di kikis lelaki
pernah difitnah
pernah itu ini
pengalaman lalu mengajar fyna erti hidup
fyna pernah jumpa macam2 lelaki..sebab tu sekrang fyna jadi seorang yang sangat pemilih untuk ciri2 suami..sudahlah apa yang fyna lalui..orang kata susah senang bersama...tipu..semua tu tipu..fyna pernah tanggung ex fyna dulu..lama..sebab sayang konon..sebab tu fyna benci lelaki pemalas..tak ada kerja..sebab tu fyna set in mind nak lelaki yang kuat kerja..bertanggungjawab pada diri sendiri..baru lah boleh jaga isteri

fyna pernah tak jadi kawin dulu..semua dah siap but fyna buat solat istikharah 3kali..hati fyna tak pernah senang pasal persiapan perkahwinan..ya....Allah gerakkan hati fyna..syukur ya Allah..perkahwinan itu batal..syukur syukur syukur..bila lihat baju pengantin di dalam almari..hati ini sedih tapi fyna kuat..ini semua ditakdirkan..lihat apa yang fyna capai sekarang..hadiah dari kekecewaan hal itu

cahaya bahtera keberanian bagi fyna adalah kerana fyna berani lalui apa saja cabaran yang ada..fyna terima apa saja cabaran yang ada..bahtera kan..akan ada ombak..ada macam2 halangan but still dengan beraninya belayar jauh jauh jauh ke tempat yang dituju

selagi fyna hidup,,fyna akan belayar dengan berani..dengan megah..lalui apa saja cabaran..Allah sentiasa menguji hambanya..Allah menguji kerana sayangnya pada kita..

Terima kasih mak ayah namakan dengan nama yang istimewa ini =)


2 comments:

Syaheera Sarizal said...

sabar eak kak fyna..dugaan dalam hidup :')

Anonymous said...

Allahu menyukai orang2 yang sabar dan Ikhlas