Tuesday, January 27, 2015

cara hilangkan jerawat yang teruk dalam masa 1 bulan : part 1

assalamualaikum

kepada yang follow instagram fyna..semua dah tahu masaalah kulit fyna yang tiba2 datang and buatkan fyna rasa sedih and sakit sangat

so fyna nak share macam fyna heal kan kulit fyna dalam masa sebulan =)

act kulit fyna dah ok masa fyna guna nivea..jerawat tak naik langsung,,tapi biasalah kan bila kulit dah ok nak jugak try skincare lain..(pengaruh instagram) kulit flawless la.putih gebu pink la semua ada
so one day fyna try 1 product ni..memang ramai gila guna..semua dah flawless..owh ini adalah skincare tempatan yang memang sangat2 femes

so 1st guna ok je..tak ada effect..masuk hari ke 3 kulit dah mula naik jerawat..tiba2 kulit berminyak sangat2..kalau tanya kat orang jual..jawapan standard diorang adalah " proses healing tu" " dia nak keluar jerawat2 toksik2 lama tu " bla bla bla but kita mesti kenal kulit kita sendiri kan? kulit fyna nak kalau skincare tu tak ok dia akan buat perangai awal2.. so fyna pun  terus stop..lepas stop jerawat tadi naik naik naik naik naik..plus kalini naik yang besar then timbul..bila tengok dekat jerawat besar and timbul tu..ada 3 ke 4 jerawat lagi..waa yang tu memang sakit..bukan 1 tapi banyak..sedihnyaaaa..jerawat semua naik bahagian rahang..mujur tak naik ke muka..sebulan jerawat naik tak henti..and fyna buat macam2 langsung tak berkesan..then lepas tu baru fyna jumpa cara naik baik kan jerawat ni and dalam masa sebulan terus lega alhamdulilah

1. jangan stress! kalau stress korang akan menangis then cuba product itu ini kan? jangan! sebab kulit tengah mengamok so cool down..masa fyna stress hari2 pakai mask..lagi teruk naik jerawat tau

2. minum air yang banyak..air boleh mengeluarkan toksin dalam badan and buatkan kulit berminyak les oily

3.control makan..jangan makan makanan yang boleh worst kan jerawat..masa muka fyna jerawat teruk.sebulan fyna pantang..jangan makan seafood..chocolate.ice cream..ikan bilis..budu..cheese..telur..susu..anything..kalau ada yang cakap suruh pantang itu ini..ha ambil nasihat tu.pantang..tapi kalau ada yang kata "alah masa aku jerawat teruk aku makan seafood ok je" jangan dengar..sebab penerimaan badan lain2..lagi banyak pantang lagi ok
so fyna memang sebulan makan ikan, sayur.daging sahaja..sedih..sampaikan 1 rumah pun pantang macam fyna..sebulan juga no seafood hehe..thanks mak ayah support sebab diorang pun kesian dengan fyna..makan buah banyak2 ye

4.tukar cadar/sarung bantal dengan kerap..sebab tak nak muka bergesel2 dengan benda kotor

ok so dalam sebulan praktikan ini tau!

so next entry fyna akan tunjuk product skincare and supliment. =)

15 comments:

Nadia Johari said...

kalau dah naik memang susah nak turunkan..tapi nad guna sabun enzyme..takde kimia terus ok muka..

nur atiqah said...

kak fyna, tika pun sama .. guna 1 produk tempatan terus naik jerawat teruk kat rahang.. malu sangat.. pakai apa2 produk pun x jadi.... jenama tu start dgn huruf A jugak.. x pasti jenama sama ke tak. nak jumpa org pun segan2.. x sabr nak tahu apa yg kak fyna guna.. bulan 3 plak tunang rtakut x sempat nak sembuh huhu sedih sgt2

Ann Ishak said...

thanks for the tips

cik yuyiyui said...

assalamualaikum.
pun nak share jugak.
tersalah pakai produk yg femes tu.
tengok orang lain pakai bukan main lawo sekali bila sendiri pakai ambik hang! memula naik ruam2 halus, lama2 jadi jerawat, siap bernanah! nak solat kena lapik ngan tisu, nak pakai tudung tak boleh ketat. terseksanya..huuu.. nyesal tak sudah.
Sekarang alhamdulillah, dah ok tinggal parut jerawat je. pasni memang janji ngan diri sendiri tak nak dah pakai produk bukan2.

amy said...

Akak, saya pun sama. Ada pakai produk tempatan 'W'. Memang burn dan teruk muka. Kalau dibandingkan muka dgn tgn, tgn lebih putih. Malu gila bila makcik2 tegur muka nampak kusam, burn mcm xtau nak ckp mcmna. Last2 try pakai produk hada labo. Alhamdulillah sampai harini dah full recover. Moral, malas dah percaya jualan2 camtu. hihi

Anonymous said...

Assalam fyna..sy juga pernah ada mslh jerawat yg teruk tahun lepas.jerawat jadi lepas sy mkn suplement tmpatan AW 1 jar.jerawat naik non stop wlpn dah stop mkn.mcm2 cra sy dah cuba tp x berkesan.lepas tu sy cuba produk wonderglow.kulit makin ok.tp bila stop pkai jerawat menggila balik..n sy try guna produk nourain.so far alhamdulillah sesuai dengan kulit sy.dah 9bulan guna.x guna hari2 pun ok.kalau skip pun xda mslh.so now sy yakin dengan nourain.x semua produk tempatan tu x ok.mungkin x sesuai dengan kulit kita..just share on my experiences :)

ComelComot said...

alhamdulillah saya xpenah ada pengalaman jerawat ni. baik kat muka mahupun kat badan. Syukur.. Tapi tulah bto kata fyna, bila org suka pertikaikan bab pantang ni. itu adalah sgt x bagus sbb penerimaan badan kita lain2 jenis imun badan pun berbeza so sy mmg sokong bab pantang larang dalam penjagaan kesihatan baik utk dalaman jugak luaran.

noor faezah said...
This comment has been removed by the author.
Azwar Syuhada said...

Salam kak Fyna!

Same situasilah kita. Saya pun mengalaminya, sekarang memang pakai produk farmasi. Memang paling alergik makan kacang, ayam pun dah kurang makan. Kalau makan kacang, sekelip mata naik jerawat. Alhamdulillah ambil supplement dah kurangkan jerawat & kulit minyak. Cuma parut yang hitam tu susahlah nak hilang. Ada tips tak kak Fyna? Helpp me.. :) Dulu terpengaruh juga dengan produk2 orang jual, tapi mak saya tak bagi guna takut ada bahan larangan. huarghh.. :)

Armel Aisya said...

Cer suggest produk apa yg sesuai untuk hilangkan parut?

noor faezah said...

sy ade ltkkan number phone utk kemudahan korg watsapp sy mendptkn cara merawat jerawat ni.. tp ade satu hamba Allah sgt rude tlh mesej sy.. jd sy delete, jika korg nak tanya apa2 emel sy ye noorfaezahhassim@gmail.com

nurerna hazwani said...

Wah, agak teruk jugak yek. Saya pun memiliki jerawat tegar tp jenis jerawat bersepah. naik sebiji je.....

nayiffi891223 said...

True fact kalau nak tau product tu bagus atau tidak, berhenti pakai for while. Kalau naik balik di muka confirm kandungan toksik dlm produk tu tinggi. I experienced it before.

Khalik Norkamiza said...

fyna. nk Tanya. produk tempatan ape yg fyna pakai tu .nk tau.... kot2 terbeli huhuh

sayhaalisyasaifullah said...

hye kak fyna.. nice to know u.. and tq for tips2 kecantikan tu.. jemput singgah dunia sy yee hehehehe.. im newbie

sayhaaalisyasaifullah.blogspot.com