Sunday, April 1, 2012

Surat untuk calon isteriku



Untuk calon isteriku

Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan sempurna di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini, aku cuba mempelajari erti dan hakikat tangungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAHAGIAN DARIPADAKU dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku

Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu, cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika dimana aku akan MELAMARMU , akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian antara kita kerana itu pesan nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur, ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi


Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara' sebagai pembatas diri kita. Akan kujadikan AKAD NIKAH itu sebagai COP HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERKAHWINAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.



next
surat untuk calon suamiku