Thursday, June 30, 2011

resepi : udang goreng tepong yang gebu and comel

assalamualaikum

semalam adik fyna merengek-rengek nak makan udang goreng tepong dari fyna nak mandi..tengah mandi sampai la sudah mandi dekat mulut dia asyik cakap " along, adik nak makan udang goreng tepong..." haih...so fyna pon buatla dekat dia

so harini kita belajar masak-masak ye

udang goreng tepong! 

maybe ramai yang dah tau buat udang ni..senang je kan...kepada yang tak tau..mai nak bagitau

masa penyedian 5minit je..

bahan-bahan::


tepong gogi bear 1 cawan 
(boleh dibeli di pasaraya/kedai runcit..kalau tak ada cap ni..pakai cap lain pun tak apa asalkan tepung campuran tempura..brand nona pon ada kalau tak salah =) )
telur 2 biji
eno 1 sudu kecil 
garam secukup rasa
air ikut likat


udang fresh! baru bersiang pagi semalam tau..abes gatal tangan =P
fyna kupas kulit dia setengah je..lagi setengah kulit samapi ekor tak kupas..
udang goreng tepong ni kena ada ekor baru comel

resepi ni depends tau..tepong dan air tu korang agak-agak je la..jangan bagi cair sangat...bagi likat sikit ok?



campurkan semua dan kacau



sampai macam ni..


dah panaskan minyak...masukan udang


salut macam ni je tau....jangan salut semua..nanti jadi bolat macam cokodok..haha

goreng sampai kuning keemasan ok
api jangan kuat sangat..mengejut dia masak nanti
jangan pulak slow sangat nanti makan minyak
so sedang-sedang ye


tada!




gebunya..bolatnya..sedap!

senangkan?
heehe

end for now 


Tuesday, June 28, 2011

tutorial : auto publish dekat facebook & twitter dengan Networkedblog

assalamualaikum

sebenarnya pasal networkedblog ni dah lama ramai yang request suruh buat..tapi fyna terlupa..

maybe dah ramai jugak yang tau buat benda ni...yang tak tahu tu meh dekat2 sikit kepala tu dekat skrin monitor ni..=P

kelebihan networked blog ni..korang tak payah copy link then paste dekat facebook & twitter korang dah

contoh copy link


macam tak best je kan? tak vogue la..hahaha 

contoh post dari networkedblog



ha kan nampak kemas gitu

so macam mana nak buat? (fyna guna akaun adik fyna ye..sebab dia tak buat lagi benda ni..hehe)


2. nampak yang dalam bulat tu? click register a blog




3.isi semua then click next


then click je yang kat fyna bulat-bulat tu







pilih add facebook target..and if ada twitter click jugak kat twitter..buat satu2 ye


ni yang facebook..click je add


untuk twitter dia akan keluar macam ni..so log in then  
click authorize app


bila dah siap..akan jadi macam ni..dia akan publish untuk 3 sekali ( ni yang fyna la k )


siap!

so akan keluar macam ni la..bila korang click je publish dekat blog..dengan automatik dekat facebook and twitter dia akan publish sekali

ok but if dia tak publish dekat facbook korang kan? cuba korang click dekat yang fyna bulatkan tu..syndication..

nanti dia akan keluar petak bawah tu..korang just click publish je.. =)


senang je kan?

good luck!


end for now

Monday, June 27, 2011

review : avon superSHOCK mascara

assalamualaikum

harini fna nak review mascara pulak..fyna sebenarnya jarang pakai mascara sebab malas nak basuh! =.= tapi kan..orang putih cakap mascara is a must kalau nak keluar..diorang takpela tak solat =.=

sebelum ni fyna pakai maybeline je..memang tak mengecewakan..tetapi..mascara tu selalu clumpy kan? bila apply banyak sikit mula lah dia  berketul2..tambah pakai contact lense..siap masuk lagi dalam mata..maybe korang tak prnah jadi..tapi fyna selalu jadi =.=

tapi mascara ni best!

jom tengok gambar dulu


inilah mascara paling gemok fyna penah ada =.=


berus dia pelik..lurus dan tebal




fyi bulu mata fyna panjang tapi thin and super straight!

so fyna nak yang boleh memvolumekan bulu mata fyna ni bagi jadi lebat
and with this mascara..its totally work!

fyna suka sangat!

sangat senang nak apply
tak clumpy langsung! 
mata fyna tak pedih pun bila pakai
buat bulu mata fyna tebal gila and panjang!
bulu mata kita akan seperate..tak de lekat-lekat
tak messy pon pakai lama-lama

memang sesuai dengan nama dia..lepas pakai trus shock! haha

boleh di beli di AVON
harga < RM20 ( kurang dari RM20)

repurcahes ? 
yes! yes!

next : tutorial networked blog

Sunday, June 26, 2011

review : naturactor

assalamualaikum

fyna rasa semua penah dengar naturactor ni kan..ramai cakap kehebatan naturactor ni..so fyna pon terpengaruh jugak and beli la benda ni..hehehe

ok jom tengok kelebihan naturactor ni

  • Anti kilauan / tidak berminyak.
  • 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
  • Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
  • Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
  • Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
  • Long lasting & tahan sehingga 12 jam
  • Tidak menutup pori-pori
  • Sering diguna pakai oleh makeup artis professional








bagi fyna..naturactor ni

ringan..macam pakai bb cream
pakai sikit pon dah boleh tutup parut-parut sebab texture dia memang padat
senang dibasuh
mate finish

fyna test tahap oily control naturactor ni

1st test :fyna just pakai naturactor ni je..saja nak test tahap minyak dia boleh tahan berapa jam
result : less 5 jam dah cakey

2nd test : pakai naturactor dengan span basah and bedak pixy dengan span basah
result : less 6 jam cakey

3rd test : pakai pelembab, makeupbase+sunblock, naturactor dengan span kering, nutrimetic white two way cake sebagai loose powder
result : tahan leih 8 jam

fyna memang fussy..kalau product tu cakap dia tahan 10 jam..fyna nak memang dia tahan 10 jam..sebab tu fyna try banyak cara nak apply supaya dia tahan jugak 10 jam

act fyna menaruh harapan yang tinggi naturactor boleh bet dengan revlon colorstay untuk tahan tanpa berminyak..
but sorry naturactor..revlon wins

but stil naturactor ok lah..fyna bagi 7/10

boleh pakai setiap hari sebab dia ringan..and murah..pakai banyak sikit dah ok..
murah la dari bb cream kan..hehehe..

kalau nak jalan-jalan boleh la pakai..sebab muka tak berat sangat..plus tak nampak sangat pakai bedak..

still fyna recommand this product for you guys...try la.. =)

owh ya..beware ok..ada naturactor tiruan..
boleh tengok video ni..kak cha ada tunjuk beza yang ori dan tiruan



owh ya..fyna beli naturactor dekat kak cha ni la =)
1st class service..bayar harini esok dah sampai..

repurcahse? 
yes

me wearing naturactor..
gambar sebelom ni pon sama la..heheeh hari yang sama




end for now


Saturday, June 25, 2011

kenduri arwah

assalamualaikum

semalam fyna pergi kenduri arwah dekat rumah intan..intan one of my closest family friend..mula-mula rasa liat je nak pergi..al maklumlah baru kemas rumah..tengah sedap-sedap tido lepas kemas rumah..mak ayah kejut suruh mandi and siap-siap pergi kenduri..rumah intan dekat guar cempedak..dalam 45 minit jugak la dari rumah fyna


fyna pakai naturactor....nanti fyna review ok ^^

jom layan gambar



time kiteorang samapi ni semua tetamu dah balik dah..haha so vvvvvip memang la kena sampai lambat..bru la special hehe


fyna and ayah..ayah suka buat muka tau! penat2 fyna control cun..haha


sedapnyeeeeeeeeeee...


mak sakan bercerita pasal untungnya menjual kuih


 acik and intan tekun dengar mak bercerita..ekekeke

>


jumpa benda alah ni..teringin pulak jadi puteri hang li po bersi alim haha

>

dekat ndoi ( buaian)

>

otw balik beli jagung tepi jalan


jagung ni sedap and gumuk-gumuk


ni snap dengan camera digital..ha baru la cun sikit gambar..kat atas tu semua guna hp je..kelabu asap!



next : review naturactor


tips : lembabkan kulit muka dengan cara yang senang

assalamualaikum

kulit muka fyna tak tahulah jenis apa..sebab dia ikut suke hati dia je..kadang-kadang kering, kadang-kadang normal, kadang-kadang berminyak...tapi mostly berminyaklah...
but i've used to it..heheh

so..baru-baru ni muka fyna kering sikit di bahagian bawah bibir and tepi pipi..so memang tak selesalah..

nak senang pakai je pelambab kan..tapi fyna tak ada pelembab 

then fyna buat satu mask ni and it realy work! alhamdulilah.bagun pagi pegang muka..muka dah tak kering lagi

so macam mana fyna buat?

just guna madu and limau nipis sahaja..

khasiat madu untuk kulit wajah :
untuk hilangkan jerawat..menghalus,menegang,melembab,melicin dan melembutkan kulit,

khasiat limau nipis :
untuk hilangkan jerawat..parut..bintik hitam dan putih, menegang dan mengecutkan jerawat..dan juga mencerahkan kulit muka

so fyna decide gabungkan dua sekali..

cara-caranya

ha banyak ni je..tak payah banyak-banyak..just buat padan-padan dengan muke kita je k

then sapu dekat muka..
biar dalam 15-20 minit then basuh dengan air suam
jangan lap air dekat muka..biar dia kering sendiri

itu je..so bila korang pegang muka..korang akan rasa lembut and lembab..and muka akan rasa tegang sedikit

fyna penah baca dekat satu blog..tapi dah tak ingat blog apa..dia buat macam ni every night..dari muka dia teruk..terus jadi ok..tapi dalam berbulan jugak la..tapi berbaloi la dengan penantian dia tu =)


muka fyna tak dela flawless..ada macam-macam benda dekat muka fyna ni.hehehe cuma utup dengan makeup..but if korag perasan gambar sebelum ni ada jerawat atas dahi and dekat batang hidung..and tadi fyna tengok dah hilang..fyna rasa sebab mask ni..pakai sekali je =)

end for now

Friday, June 24, 2011

haul! (1)

ASSALAMUALAIKUM


FAKE LASHES -  RM 8.00


GLUE - RM 7.00


AVON SUPERSHOCK MASCARA - < RM20.00
AVON SIMPLY PRETTY LIP BALM - FREE


NATURACTOR IN 140 - RM38.00
SPONGE - FREE


AIKEN SPOT AWAY MOISTURISING - RM 9.90


fyna akan review all this soon ^^

end for now