Wednesday, November 24, 2010

dia sudah berubah..apa maknanya?

assalamualaikum

sebebnarnya tadi dah off kan laptop..then on kan balik..ingatkan dah nak tdur tapi tak tahulah tiba-tiba teringat nak bukak formspring..ada soalan menarik yang i nak share


i bukanlah pandai sangat dalam bercinta..i memang banyak kali kapel..sebab jenis i..bila dah tak serasi, baik putus dari tahan and hati kita sakit..maybe bagi orang lain..diaorang pecaya pada second chance, tapi bagi i,TIDAK!

ok lah..i nak bagi jawapan pada soalan di atas..wah! macam dokter cinta..haha..ok ini pendapat i lah kan..bagi i lelaki ni memang susah nak ramal..kadang-kadang diorang lebih suka diamkan diri..buat kita berteka-teki..buat kita fikir balik apa salah kita

mula-mula nak ngorat memang la manis je kan..ape kite nak semua dia bagi..and 24 jam akan bersama dengan kita,,sweet sangat..macam dalam honeymoon la..manis macam gula..tapi bila dah lama-lama mula perangai betol dia keluar..so dari situ kita kena tanya diri kita..boleh ke kita terima? kalau boleh go on..kalau tak boleh stop! tapi selalunya bila dah sayang, buruk macam mana pon kita berusaha menerima..betol tak? cuba bagi dia ruang untuk berubah

bagi masalah di atas, bagi i, ada 2 maksud..sama ada dia betol-betol bz dengan kerja atau dia dah bosan dengan kita..ok nanti dulu..lelaki ni kita tak boleh tanya banyk kali..nanti diaorang malas nak layan...betol tak?

maybe dia ada masaalah..lelaki ni kadang-kadang kalau ada masalah dia akan diam..moody..tak nak cakap dengan kita..maybe kita nak dia share dengan kita, tapi ada jugak certain-certain masalah yang diorang tak nak share dengan kita or tak nak susahkan kita..so bagi masa..bila benda tu dah setel..maybe dia akan macam dulu balik

berbincang, memang berbincang ni boleh selesaikan masalah..tapi lelaki ni susah jugak nak bawak berbincang kan? kadang-kadang kita tak puas hati..tapi bagi diorang cukuplah explain yang diaorang bagi..betol tak?memang lumrah perempuan..kita akan fikir terlalu jauh..segala positif negatif semua kita sapu kan? lebih baik berbincang berdepan dari dalam telefon..sebab kalau depan-depan kita dapat tau dia tipu ke tak..betol tak? kalau boleh luahkan semua yang terbuku..lepaskan..kuarkan air mata (tu senjata)..tanya dia semua yang korang nak tanya..insyallah if dia paham, korang boleh selesaikan dengan baik..korang akan back to normal balik..

boleh trust ke?.i rasa you sendri kenal dia macam mana kan? so bile dia kata dia bz..ok maybe memang betol dia bz..so kite kene trust dia..tapi kalau susah nak trust cuba spy dia.haha biasala perempuan, suka filir bukan-bukan..betol tak? tak apa, sekarang kan zaman IT..friend finder..boleh tau lokasi dia dekat mana..then cuba cari dia..if dia tengah kerja ok..kan lega hati kita..if dia tengah lepak tapi dia kata tengah kerja..susah la tu..so dari kita fikir bukan-bukan baik kita cari sendiri
jawapan dia..kalau dok jauh macam i ni..cuba pakat dengan salah seorang kawan dia..yang dia selalu lepak and kuar..korang boleh call kawan dia and nak cakap dengan dia..so kita tau dia dengan kawan dia.ok selamat

sekarang if dia kata dia bz dengan kerja..ok lah..bagi la dia masa.tapi if dah lama sangat..baik korang check..takot ada masalah..menyesal di kemudia hari..




i dapat satu entry menarik di sini

Banyak yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?


Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:



  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.




  • Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

  • Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.






  • Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.




  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

  • Menjadi panas baran dan sering mencari kesil






      • Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.








  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya




  • Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.





  • Tidak lagi rajin menelefon anda




  • Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.


    perempuan ni lembut, ada kekuatan..kita boleh lemahkan lelaki..cari kekuatan tu..dengan kata-kata, air mata..tak payahla guna kekerasan..maki hamun..semua tu akan jadi lebih buruk..
    i hope ini dapat membantu awak ok..

    =D


    5 comments:

    the solar flare said...

    Beautifull post :D i’m new on blogger ! if you want to follow me i’ll follow you back! Xoxo http://martinathesolarflare.blogspot.com/

    tia said...

    mcm same je dgn situation i skang!
    sigh~

    hiro said...

    awak pakar doc cinta..yg sy cri selama ini..hee

    HAZMAN SALEH said...

    urm... dat's mean dia xpenah jujur n hargai ape yang da ader depan mata....

    Anonymous said...

    Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)