Monday, August 16, 2010

Solat atau sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini  tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"
dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

14 comments:

Drunbella Khoo said...

info yang sangat bagus.
tq for sharing.
:)

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

kalo sumi pun sumi prefer solat..

anatayuni said...

memang lebih elok sebut solat daripada sembahyang...;)
selamat berpuasa

AcongEduardo said...

thanks..sangat berguna..hehe

kobEj0rdan~ said...

yezza, dalam subjek titas pon di ajar pasal perkataan sembahyang:)) tp sebenarnya xpe pon, sbb dlm bhs melayu sembahyang=solat :D tiada ape yg perlu diperbesarkan sebenarnya, bahasa didunia brbeza:) cthnya

babi = khinzir ( bhs melayu )
babi = kakak ipar ( bhs india )

so, xkan org india kne tuka perkataan babi hny sbb dlm bhs melayu babi 2 khinzir:))

fara said...

hmmm. info bgune ni :)

Ainee Cumi said...

wahh bagus info ni..
i selalu cakap semayang tau tak..
ok mulai skang i cakap solat..heheheh!

Zezebel said...

Baru saya tau hari ni solat perkataan yang betul.
Terima kasih ya.

eizy_noor_izza said...

thanks for sharing fyna. good info :)

:: bubu :: said...

kte tag akk utk "contest aku punya bear"..

fndrocka said...

tapi kat buku atau tv mostly translate kan kpd.sembahyg...cthnya "marilah menunaikan sembahyang"..."sembahyg lah kamu sebelum kamu di sembahygkan"

good info

Anne Boleyn said...

ha'ah lah. kite pon sll gune ayat 'semayang'. lepas ni kena tuka. thanx sbb bg info ni. br tau. huhu

bspotgurl said...

thanks for the info, babe!

leeqiang said...

San Patrick dress
Papilio Wedding Dresses